Project masa Bulan Ramadhan tahun ni.... alhamdullillah sambutan menggalakkan.... sebahagian tempahan yang telah disiapkan...



Kepada peminat keropok lekor terengganu kat muar pun dah ada dah. Member aku berenti kerja buat business gentel keropok lekor... Boleh tahan rasa dia cam t'ganu punya. Alkisahnya dia belajar dengan Mak Cik Nah kat Terengganu then dah pandai dia wat la business ni... Kalau simpan dlm freezer boleh tahan lama gak. Sapa yang nak beli bole cal dia: Firdaus (no. nanti aku isi-lupa tipon tertinggal) kat Muar






Ini apartment ayam aku...hehehe sapa nak sewa?...banyak kosong ni.... Baru letak jer dah ada penyewa dah....productive sungguh..hehehe... Reban and tempat bertelur ayam kampung aku. Kalau musim perayaan jer aku x cukup supply. Banyak demand la.. tp aku jual raw..ayam idup sapa nak beli boleh.. Ayam aku ni diternak secara alami x dak injection... tapi makan aku bagi ler..kang marah plak org kampung aku dek kerna ayam2 aku ni dok mintak makan kat depa.. Aku ingat nak kembangkan project ni..tengah kumpul dana ler ni... Mak aku bela aku tolong sediakan prasarana jer... Reban ni aku wat sendiri almaklumla..dok suruh adik aku wat setahun baru siap so..pendai2 ler aku wat. tempat bertelur ni pun aku sediakan bahan baru ler dia nak buat..  Tapi kalau sesiapa nak belajor cara aku wat reban ni...leh gak aku ajar...

Ini tempahan untuk majlis kahwin adik kawan aku.. Ada.. kejap nak pack sendiri kejap nak suruh pack kecik2 yang mano ni cik kak kang x sompek ekau nak membungkus nyo... Finally kami ler yang bungkus..alhamdullillah sempat.. So terima kasih atas kepercayaan yang diberikan... nak order lagi dialu-alukan.






Proses pembuatan keropok ubi kayu secara traditional. Setelah dihiris hendaklah dikeringkan dibawah terik mentari. Dan setelah kering boleh digoreng seperti keropok. Rasanya lebih terasa kerana serat ubi kayunya yang padat dan ranggup. Boleh juga di warna dengan pewarna makanan untuk kelihatan menarik. Sedap dijadikan kudapan ketika minum petang atau ketika menonton TV. Juga sebagai hidangan untuk tetamu atau kenduri kendara.